Sunday 9 October 2011

LAWAS BUANG AIR KECIL

Sejak tiga minggu lalu, entah kenapa susah pula untuk buang air kecil.  Beberapa hari juga minum air rebusan barli.  Tapi hanya membantu sedikit saja.

Tiga hari lepas, kawan ibu sarankan supaya cuba minum air lobak putih dan kangkung pula.  Sejak Jumaat aku sudah dapat minum secara teratur.

Alhamdulillah, hari ini sudah rasa agak lega.  Jadi nak berkongsi di sinilah.  Mudah-mudahan dapat membantu seseiapa yang menghadapi masaalah yang sama.

Caranya mudah saja.  Gunakan lobak putih dan kangkung bersama-sama akarnya sekali dalam nisbah3:1 dari segi beratnya.  Cuci bersih-bersih.  Letak di dalam periuk yang sesuai besar dan tutupi dengan air melebihi setinggi satu jari telunjuk dari bahan-bahan berkenaan.  Rebus hingga lobak betul-betul lembut.  Biarkan hingga agak suam.  Tapis dan minum pada kadar sepertimana meminum air biasa.  Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu.

9 comments:

BID said...

Aslmkm.
Perkongsian baik ni.
Tqvm ya.

BID said...

Lupa. Bid nak tanya.
Tahu tak pasal apa blog ddrfauziah tak boleh masuk?

FARA said...

Salam Sya.
Petua berguna. Saya pernah amal juga.

MIZA said...

Salam Sya.
Perkongsian baik. Tqvm.

SUZAN said...

Salam Sya.
Selalu dengar orang cerita pasal masaalah ni. Tq atas info.

AINA said...

Salam Sya.
Antara petua pelawas baik.

RAM said...

Salam Sya.
Petua baik.

SYA said...

Salam semua.
Tqvm kerana sudi tinggal komen.

SYA said...

Khas untuk Bid.
Kak Sya pun tak tahu. Sedih!