Saturday 3 December 2011

Semalam kami sekeluarga jalan-jalan ke Pusat Bandaraya KL. Kemudian semua setuju untuk pergi makan di Gerai Pintu Gerbang di Kg Baru.

Lama juga tak makan kat sini. Sudah ada beberapa perubahan ketara. Kiranya rasa selesa dan teruja juga dengan hidangan makanan.

Apa yang best ialah hidangan ulam-ulam yang pelbagai. Paling banyak ialah dua ikat besar petai yang digantung. Menarik perhatian la kiranya. Lihat saja gambarnya ni.


Bapa ambil hampir semua jenis ulam-ulam ini. Kemudian beliau suruh semua kami makan segala jenis ulam tu.

Monday 28 November 2011

LAMA TAK BUAT N3

Aduh!  Lama pula tak masuk ke Maya ni rupanya.  Kalau ikutkan, dah naik sawang.

Nak kata bz pun tak juga.  Mungkin kerana teruja dengan minat lain pula!  Maklum saja la!  :)

Sunday 30 October 2011

PETUA JAGA WAJAH SEMULA JADI

Sya dapat petua ni dari kawan yang katakan dia dapat daripada Kak G.  Terima kasih banyak-banyak kepada kedua-duanya kerana sentiasa sedia berkongsi.

Petuanya mudah dan juga menggunakan bahan-bahan yang mudah dapat.  Hanya ambil tiga helai daun kubis.  Tumbuk atau kisar hingga halus.  Kemudian campurkan dengan satu sudu madu lebah asli dan sedikit susu.  Gaul sebati.  Selepas itu sapukan ke seluruh wajah dan juga leher kecuali bahagian mata.  Sapu selebihnya di seluruh belakang tangan.  Biar menggering.  Kemudian bersihkan dengan air suam-suam kuku.

Untuk menjaga wajah, urutlah setiap hari.  Seeloknya buatlah di awal pagi, sebaik-baiknya selepas bangun tidur dan sebelum mandi.  Usahakan dulu menyediakan minyak kelapa serai pandan yang dibuat sendiri.  Caranya ialah dengan memasak satu mangkuk besar pati santan dengan tiga batang serai dan tiga helai daun pandan hingga menjadi minyak.

Urutlah secara pusingan kecil ke atas dan dengan menggunakan jari telunjuk dari bawah dagu.  Bawa ke atas menuju pipi dan kemudian bawa pula ke hidung.  Selepas tu bawa naik ke tengah dahi dan keluar ke gigi rambut.  Urut dalam masa 10 - 15 minit.

Sunday 9 October 2011

LAWAS BUANG AIR KECIL

Sejak tiga minggu lalu, entah kenapa susah pula untuk buang air kecil.  Beberapa hari juga minum air rebusan barli.  Tapi hanya membantu sedikit saja.

Tiga hari lepas, kawan ibu sarankan supaya cuba minum air lobak putih dan kangkung pula.  Sejak Jumaat aku sudah dapat minum secara teratur.

Alhamdulillah, hari ini sudah rasa agak lega.  Jadi nak berkongsi di sinilah.  Mudah-mudahan dapat membantu seseiapa yang menghadapi masaalah yang sama.

Caranya mudah saja.  Gunakan lobak putih dan kangkung bersama-sama akarnya sekali dalam nisbah3:1 dari segi beratnya.  Cuci bersih-bersih.  Letak di dalam periuk yang sesuai besar dan tutupi dengan air melebihi setinggi satu jari telunjuk dari bahan-bahan berkenaan.  Rebus hingga lobak betul-betul lembut.  Biarkan hingga agak suam.  Tapis dan minum pada kadar sepertimana meminum air biasa.  Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Thursday 8 September 2011

IBADAH

Diam tak diam, kita sudah pun masuk sebelas hari merayakan Aidilfitri.  Ramai masih menyambut Raya ini.  Ada sambutan Hari Raya di tempat-tempat kerja, ada rumah terbuka dan ada membuat sambutan khas di hotel-hotel.

Yang anehnya yang beriya-iya merayakannya adalah mereka yang tidak taat dalam agama.  Bagaikan tak percaya mereka berpesta pula.

Walhal Hari Raya Aidilfitri adalah juga sebahagian dari ibadah kepada Allah swt.  Kita meraikan kejayaan berpuasa dan beribadah sunat lainnya di bulan Ramadhan.

Semoga kita dijauhkan dari kemaksiatan.  Amin.

Monday 29 August 2011

I SYAWAL 1432H

Syukur alhamdulillah, selamat juga menunaikan malan bulan Ramadhan.  Sekarang time untuk kita raya pula.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf Zahir Batin

Semoga kita semua terus sihat, ceria dan bahagia bersama keluarga.  Amin.

Kira ini time untuk silaturrahim tambahan dengan sanak saudara dan sahabat handai juga.  Elok sangat jika kita cuba lakukan.

Thursday 4 August 2011

SELAMAT MENUNAIKAN KEWAJIPAN

Sudah empat hari kita menjalani ibadah puasa wajip di bulan Ramadhan yang mulia tahun ini.  Terasa juga sedikit keletihan mula-mula ni. Tapi insya Allah, mudah-mudahan keadaan akan bertambah baik nanti.
 
Marilah kita sama-sama memanjat doa semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati kesihatan yang baik. Mudah-mudahan pula tahun ini, kita dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik.

SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT BERIBADAH LAIN-LAINNYA

Wednesday 27 July 2011

KETATKAN KAWALAN KE ATAS PEROKOK

Jutaan Ringgit dihabiskan untuk promosi kesedaran tentang merbahaya rokok kepada kesihatan manusia.  Kempen hebuh sana sini, tapi perlaksanaan penguatkuasaan hampeh!

Aku sungguh kecewa dengan apa yang berlaku.  Macam kempen lain-lain juga.  Semuanya menghabiskan wang rakyat saja.

Apa tidaknya.  Di atas kertas dan dengar bunyi kempen macam nak rak seluruh Malaysia.  Tapi di Parlimen sendiri, ramai AP hingga ke tahap Menteri pun tak boleh nak patuh kepada arahan 'dilarang merokok!'

Cukup-cukup la dengan propa semua tu!  Penguatkuasaan mesti ditahap maksima.  Jangan hanya adakan peraturan.  Kawalan ke atas mesti benar-benar diperketatkan secara praktiknya.

Perokok dan mereka yang tidak menjalankan kewajipan jelas tidak bertanggung-jawap.  Di dunia menyusahkan orang, di akhirat nanti seksaan pula menanti!

Wednesday 13 July 2011

BARU KU TAHU

Hari ini baru ku tahu rupanya bila kita ada kelayakan dan kelulusan yang tinggi serta banyak pengalaman itu memang terbaik.  Ternyata semuanya adalah satu aset paling bernilai.

Nak kata tak tahu jahil tu tidak la juga.  Tetapi, tak begitu yakin saja.

Walaubagaimanapun bagi kebanyakan orang tidak mudah untuk mencapai ke tahap itu.  Kalau kita insaf sekalipun, mungkin tidak tercapai tangan.  Atau mungkin juga sudah terlambat.

Saturday 25 June 2011

A LOT TO READ, MUCH LESS TO SHARE

I think memang betul gitu.  Sejak jadi blogger, I could access more blogs and read their N3s.

Ada a handful yang memang up to the mark.  Banyak tu merumbu-ramba.  Tapi, kita boleh buat pilihan untuk membaca yang kita suka.

Kiranya seronok juga sebab memang banyak sumber pengetahuan.  Kita boleh tahu banyak perkara. 

However, on my side, I was not able to give and share.  Probably, I think over and over on what to write.  Takut dan cuak juga kot tersalah isu.  Kan nanti jadi isu!  Betul tak?

Monday 6 June 2011

TERKEJUT HILANG LINK

Entah kenapa tiba-tiba hilang pulak link aku sejak semalam.  Terkejut buntu dibuatnya.

Berkali-kali juga mencuba.  Akhirnya ulang process, buat semula.  Nasib baik tidak hilang terus.

Macam-macam problem juga ada dalam dunia IT ni rupanya!

Thursday 2 June 2011

AKU JUGA BLOG

Bila ada geng sudah blog, aku pun ambil keputusan untuk ikut sama.  Aku tak rajin menulis, tapi memang rajin membaca.

Tengok la macam nanti.  Tapi geng, support la ya!  :)