Sunday 30 October 2011

PETUA JAGA WAJAH SEMULA JADI

Sya dapat petua ni dari kawan yang katakan dia dapat daripada Kak G.  Terima kasih banyak-banyak kepada kedua-duanya kerana sentiasa sedia berkongsi.

Petuanya mudah dan juga menggunakan bahan-bahan yang mudah dapat.  Hanya ambil tiga helai daun kubis.  Tumbuk atau kisar hingga halus.  Kemudian campurkan dengan satu sudu madu lebah asli dan sedikit susu.  Gaul sebati.  Selepas itu sapukan ke seluruh wajah dan juga leher kecuali bahagian mata.  Sapu selebihnya di seluruh belakang tangan.  Biar menggering.  Kemudian bersihkan dengan air suam-suam kuku.

Untuk menjaga wajah, urutlah setiap hari.  Seeloknya buatlah di awal pagi, sebaik-baiknya selepas bangun tidur dan sebelum mandi.  Usahakan dulu menyediakan minyak kelapa serai pandan yang dibuat sendiri.  Caranya ialah dengan memasak satu mangkuk besar pati santan dengan tiga batang serai dan tiga helai daun pandan hingga menjadi minyak.

Urutlah secara pusingan kecil ke atas dan dengan menggunakan jari telunjuk dari bawah dagu.  Bawa ke atas menuju pipi dan kemudian bawa pula ke hidung.  Selepas tu bawa naik ke tengah dahi dan keluar ke gigi rambut.  Urut dalam masa 10 - 15 minit.

Sunday 9 October 2011

LAWAS BUANG AIR KECIL

Sejak tiga minggu lalu, entah kenapa susah pula untuk buang air kecil.  Beberapa hari juga minum air rebusan barli.  Tapi hanya membantu sedikit saja.

Tiga hari lepas, kawan ibu sarankan supaya cuba minum air lobak putih dan kangkung pula.  Sejak Jumaat aku sudah dapat minum secara teratur.

Alhamdulillah, hari ini sudah rasa agak lega.  Jadi nak berkongsi di sinilah.  Mudah-mudahan dapat membantu seseiapa yang menghadapi masaalah yang sama.

Caranya mudah saja.  Gunakan lobak putih dan kangkung bersama-sama akarnya sekali dalam nisbah3:1 dari segi beratnya.  Cuci bersih-bersih.  Letak di dalam periuk yang sesuai besar dan tutupi dengan air melebihi setinggi satu jari telunjuk dari bahan-bahan berkenaan.  Rebus hingga lobak betul-betul lembut.  Biarkan hingga agak suam.  Tapis dan minum pada kadar sepertimana meminum air biasa.  Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu.