Saturday 3 December 2011

Semalam kami sekeluarga jalan-jalan ke Pusat Bandaraya KL. Kemudian semua setuju untuk pergi makan di Gerai Pintu Gerbang di Kg Baru.

Lama juga tak makan kat sini. Sudah ada beberapa perubahan ketara. Kiranya rasa selesa dan teruja juga dengan hidangan makanan.

Apa yang best ialah hidangan ulam-ulam yang pelbagai. Paling banyak ialah dua ikat besar petai yang digantung. Menarik perhatian la kiranya. Lihat saja gambarnya ni.


Bapa ambil hampir semua jenis ulam-ulam ini. Kemudian beliau suruh semua kami makan segala jenis ulam tu.

Monday 28 November 2011

LAMA TAK BUAT N3

Aduh!  Lama pula tak masuk ke Maya ni rupanya.  Kalau ikutkan, dah naik sawang.

Nak kata bz pun tak juga.  Mungkin kerana teruja dengan minat lain pula!  Maklum saja la!  :)

Sunday 30 October 2011

PETUA JAGA WAJAH SEMULA JADI

Sya dapat petua ni dari kawan yang katakan dia dapat daripada Kak G.  Terima kasih banyak-banyak kepada kedua-duanya kerana sentiasa sedia berkongsi.

Petuanya mudah dan juga menggunakan bahan-bahan yang mudah dapat.  Hanya ambil tiga helai daun kubis.  Tumbuk atau kisar hingga halus.  Kemudian campurkan dengan satu sudu madu lebah asli dan sedikit susu.  Gaul sebati.  Selepas itu sapukan ke seluruh wajah dan juga leher kecuali bahagian mata.  Sapu selebihnya di seluruh belakang tangan.  Biar menggering.  Kemudian bersihkan dengan air suam-suam kuku.

Untuk menjaga wajah, urutlah setiap hari.  Seeloknya buatlah di awal pagi, sebaik-baiknya selepas bangun tidur dan sebelum mandi.  Usahakan dulu menyediakan minyak kelapa serai pandan yang dibuat sendiri.  Caranya ialah dengan memasak satu mangkuk besar pati santan dengan tiga batang serai dan tiga helai daun pandan hingga menjadi minyak.

Urutlah secara pusingan kecil ke atas dan dengan menggunakan jari telunjuk dari bawah dagu.  Bawa ke atas menuju pipi dan kemudian bawa pula ke hidung.  Selepas tu bawa naik ke tengah dahi dan keluar ke gigi rambut.  Urut dalam masa 10 - 15 minit.

Sunday 9 October 2011

LAWAS BUANG AIR KECIL

Sejak tiga minggu lalu, entah kenapa susah pula untuk buang air kecil.  Beberapa hari juga minum air rebusan barli.  Tapi hanya membantu sedikit saja.

Tiga hari lepas, kawan ibu sarankan supaya cuba minum air lobak putih dan kangkung pula.  Sejak Jumaat aku sudah dapat minum secara teratur.

Alhamdulillah, hari ini sudah rasa agak lega.  Jadi nak berkongsi di sinilah.  Mudah-mudahan dapat membantu seseiapa yang menghadapi masaalah yang sama.

Caranya mudah saja.  Gunakan lobak putih dan kangkung bersama-sama akarnya sekali dalam nisbah3:1 dari segi beratnya.  Cuci bersih-bersih.  Letak di dalam periuk yang sesuai besar dan tutupi dengan air melebihi setinggi satu jari telunjuk dari bahan-bahan berkenaan.  Rebus hingga lobak betul-betul lembut.  Biarkan hingga agak suam.  Tapis dan minum pada kadar sepertimana meminum air biasa.  Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Thursday 8 September 2011

IBADAH

Diam tak diam, kita sudah pun masuk sebelas hari merayakan Aidilfitri.  Ramai masih menyambut Raya ini.  Ada sambutan Hari Raya di tempat-tempat kerja, ada rumah terbuka dan ada membuat sambutan khas di hotel-hotel.

Yang anehnya yang beriya-iya merayakannya adalah mereka yang tidak taat dalam agama.  Bagaikan tak percaya mereka berpesta pula.

Walhal Hari Raya Aidilfitri adalah juga sebahagian dari ibadah kepada Allah swt.  Kita meraikan kejayaan berpuasa dan beribadah sunat lainnya di bulan Ramadhan.

Semoga kita dijauhkan dari kemaksiatan.  Amin.

Monday 29 August 2011

I SYAWAL 1432H

Syukur alhamdulillah, selamat juga menunaikan malan bulan Ramadhan.  Sekarang time untuk kita raya pula.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf Zahir Batin

Semoga kita semua terus sihat, ceria dan bahagia bersama keluarga.  Amin.

Kira ini time untuk silaturrahim tambahan dengan sanak saudara dan sahabat handai juga.  Elok sangat jika kita cuba lakukan.